Saturday, September 8, 2012

 Bab 7: Taburan Penduduk

Taburan Penduduk Negara Malaysia
  1. Jumlah penduduk Negara Malaysia kira-kira 23 juta orang.
  2. 79.7% tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% di Sabah dan 8.9% di Sarawak.
  3. Taburan penduduk di Malaysia dibahagikan kepada berpendudukan padat, berpenduduk sederhana dan berpenduduk jarang.
Kawasan Berpenduduk Padat

  1. Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.
  2. Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutama di Bandar-bandar besar, dataran dan delta sungai.
  3. Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan. Contoh- hospital, institut pengajian tinggi
  4. Contoh kawasan- Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka(Semenanjung Malaysia).
  5. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan tumpuan penduduk di dataran dan delta subur spt Dataran Kelantan, Dataran Terengganu.
  6. Di Sarawak, tumpuan penduduk di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu.
  7. Di Sabah, pendudk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu.
Kawasan Berpenduduk Jarang

  1. Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
  2. Contoh- kawasan pedalaman, kawasan tanah tinggi yg berhutan tebal spt kawasan di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  3. Kawasan berpaya juga berpendudk jarang spt di Tasik Chini dan Tasik Bera, Pahang.

Bab 8: Perubahan Penduduk

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia

  1. Sesebuah Negara mengalami perubahan dari semasa ke semasa.
  2. Perubahan ini menyebabkan penduduk bertambah, berkurang atau static(tidak berubah) dalam setahun.
  3. Jumlah penduduk Negara Malaysia telah bertambah dari 20 juta orang pada tahun 1995 kepada 23 juta orang pada tahun 2000.
  4. Perubahan ini adlh akibat pertambahan semula jadi dan migrasi.
  5. Pertambahan semula jadi berkaitan dgn kadar kelahiran dan kadar kematian.
  6. Kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi adlh factor-factor yg mempengaruhi perubahan jumlah penduduk dalam sesebuah Negara.
  7. Faktor migrasi dibahagikan kepada 2; imigrasi dan emigrasi.
  8. Jumlah penduduk akn bertambah apabila jumlah orang masuk ke dalam Negara(imigrasi) melebihi jumlah orang yg keluar dr Negara(emigrasi).
  9. Imigrasi- perpindahan masuk penduduk dr luar Negara ke Negara Malaysia.
  10. Emigasi- perpindahan keluar penduduk Negara Malaysia ke luar Negara.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran

  1. Faktor-faktor yg mempengaruhi kadar kelahiran; Dasar Kependudukan Negara, taraf pendidikan, amalan perancangan keluarga, kerjaya dan status wanita, perkahwinan lewat, taraf hidup dan ekonomi keluarga, peluang pekerjaan dan sosiobudaya dan agama.
  2. Di bawah Dasar Kependudukan Negara, kerajaan menggalakkan pertambahan penduduk dengan matlamat Negara mencapai jumlah penduduk 70 juta orang menjelang akhir abad ke-21.
  3. Dengan jumlah penduduk 70 juta orang, Negara dapat menyediakan tenaga kerja, meningkatkan daya pengeluaran Negara, meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengukuhkan kedudukan politik serta keselamatan Negara.
  4. Kerajaan memberikan pelbagai galakan untuk menggalakkan kelahiran seperti pengecualian cukai tanggungan, cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah.
  5. Perkembangan ekonomi yang pesat di Negara Malaysia membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan dan kemudahan asas yang telah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.
MIGRASI

  1. Migrasi ialah proses penghijrahan(perpindahan) penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
  2. Terdapat dua jenis migrasi; migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.
  3. Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan mengalami pertambahan penduduk, manakala kawasan yang penduduknya keluar akan mengalami kekurangan penduduk.
  4. Migrasi dipengaruhi oleh factor tarikan dan factor tolakan.
Perubahan Penduduk Negara Malaysia Pada Masa Depan

  1. Kadar kelahiran di Malaysia telah menurun kepada 4.4 orang pada tahun 2001.
  2. Keadaan ini menyebabkan kekurangan tenaga buruh khasnya dalam sector pertanian, perkhidmatan dan pembinaan.
  3. Keadaan ini menyebabkan kemasukan buruh asing bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja ini.
  4. Jangka hayat yang panjang menyebabkan peningkatan jumlah warga tua dan hal ini akan meningkatkan kos rawatan dan kesihatan.
  5. Langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul akibat ciri penduduk masa depan Malaysia adalah dengan menggalakkan pasangan suami isteri mempunyai keluarga besar bagi menambahkan jumlah penduduk.
Bab 9: Migrasi

Pengenalan

  1. Migrasi penduduk melibatkan perpindahan atau penghijrahan seseorang dari sesuatu tempat ke tempat yang lain.
  2. Terdapat dua jenis migrasi, migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.
  3. Migrasi dalaman melibatkan perpindahan penduduk di antara kawasan-kawasan dalam sesebuah Negara.
  4. Migrasi antarabangsa melibatkan penghijrahan penduduk dari satu Negara ke Negara lain.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk

Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Bandar

  1. Peratus penduduk Bandar meningkat daripada 50.7% kepada 61.8% di antara tahun 1991 hingga 2001.
  2. Migrasi luar Bandar melibatkan pergerakan penduduk ke Bandar bagi mencari peluang pekerjaan dan melanjutkan dan melanjutkan pelajaran.
  3. Kebanyakan penduduk berpindah ke Bandar, Bandar raya dan kawasan perindustrian.
  4. Faktor-faktor yang menggalakkan jenis migrasi penduduk ini ialah kestabilan politik, dasar kerajaan, peluang pekerjaan, kadar upah, kemudahan asas, peningkatan taraf pendidikan, keluarga dan bencana alam.
  5. Di Negara Malaysia, migrasi luar Bandar ke Bandar banyak berlaku selepas Negara mencapai kemerdekaan.
Bab 10: Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih

  1. Pada umumnya, apabila penduduk sesebuah Negara bertambah, keperluan terhadap makanan bertambah.
  2. Oleh itu, penerokaan sumber tanih perlu dipertingkatkan.
  3. Di Negara Malaysia, tanih diterokai khususnya untuk dijadikan kawasan pertanian bagi menampung keperluan makanan penduduk.
  4. Kawasan pertanian diperluas melalui penerokaan kawasan tanah pamah, lembah, delta dan dataran.
  5. Kawasan tanih alluvium banyak terdapat di kawasan dataran dan delta sungai.
  6. Tanih yang subur ini sesuai ditanami padi. Contohnya, Dataran Kedah, Dataran Perlis, Dataran Kelantan dan Dataran Terengganu.
  7. Padi ditanam secara giat untuk menampung keperluan makanan bagi penduduk yang semakin bertambah.
  8. Tanah laterit pula sesuai untuk tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit dan koko.
  9. Permintaan yang tinggi oleh kilang-kilang terhadap hasil pertanian ini menyebabkan banyak kawasan tanah laterit di pedalaman diterokai dengan giatnya.
  10. Peningkatan permintaan terhadap pelbagai barangan keperluan turut menyebabkan penerokaan sumber tanih lebih giat dijalankan.
Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Hutan

  1. Penerokaan sumber hutan mendatangkan pendapatan yang lumayan hasil daripada eksport kayu balak.
  2. Di Negara Malaysia terdapat hutan hujan tropika yang luas.
  3. Hutan ini kaya dengan pokok kayu keras yang bernilai tinggi seperti meranti, cengal, merbau dan berlian.
  4. Hasil balak ini digunakan dalam industri perabot dan sebahagiannya pula dieksport.
  5. Kawasan hutan yang ditebang dan dibersihkan dijadikan kawasan perumahan, pejabat, jaringan pengangkutan dan pusat rekreasi.
  6. Langkah ini tentunya dapat memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.
  7. Terdapat juga kawasan hutan yang dibersihkan untuk tujuan pertanian dan penternakan.
  8. Walau bagaimanapun, jika tidak dirancang dengan baik, penebangan hutan secara berlebihan akan mendatangkan kesan buruk.
  9. Flora dan fauna mungkin akan pupus.
  10. Penebagan hutan secara berebihan juga mendedahkan lapisan atas tanih pada hakisan air larian permukaan.
  11. Sebahagian air hujan akan meresap ke dalam tanih dan melarutkan mineral di dalamnya.
  12. Tanih akan hilang kesuburannya lalu menjadi tandus.
Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Sumber Air

  1. Pertambahan penduduk menyebabkan keperluan bekalan sumber air meningkat.
  2. Sumber air penting untuk kegunaan domestic, pertanian dan perkilangan.
  3. Empangan dibina merentasi sungai untuk memperoleh air bagi mengairi kawasan tanaman, menjana kuasa hidroelektrik, memperoleh bekalan air domestic dan mengawal banjir.
  4. Empangan Muda menyediakan kemudahan pengairan kepada petani di kawasan penanaman padi, iaitu sekitar Sungai Muda, Kedah.
  5. Kemudahan pengairan meningkatkan pengeluaran hasil padi.
Bab 11: Hubungan Kependudukan dengan Sumber

Konsep Penduduk Berlebihan, Kurang Penduduk dan Penduduk Optimum

  1. Penduduk dunia telah meningkat dengan pesat kerana kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.
  2. Sumber semula jadi yang sedia ada di sesebuah Negara hanya dapat menampung suatu jumlah penduduk yang maksimum.
  3. Keupayaan menampung ini dikenal sebagai daya tampung.
  4. Berdasarkan jumlah penduduk sesebuah Negara dan daya menampung Negara tersebut, terdapat 3 ciri penduduk iaitu;
·   Penduduk berlebihan
·   Kurang penduduk
·   Penduduk optimum
  1. Sesebuah Negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan jika sumber Negara tidak dapat menampung keperluan penduduknya dengan tahap teknologinya.
  2. Contoh Negara yang mengalami penduduk berlebihan ialah Bangladesh, India dan Ethiopia.
  3. Negara yang kurang penduduk wujud jika jumlah penduduk Negara tersebut tidak dapat membangunkan sepenuhnya sumber walaupun tingkat teknologi tinggi digunakan.
  4. Contoh Negara yang mengalami kurang penduduk ialah Kanada, Australia dan Brazil.
  5. Negara yang berpenduduk optimum mempunyai jumlah penduduk yang cukup untuk mengusahakan sumber yang ada dengan sepenuhnya.
  6. Contohnya Negara Jepun, Jerman dan Switzerland.

Ciri Penduduk Berlebihan

  1. Di Negara penduduk berlebihan, penduduknya adalah terlalu banyak.
  2. Sumber semula jadi yang ada tidak dapat menampung keperluan penduduknya.
  3. Sedikit sumber dapat dieksport dan hal ini menyebabkan hasil pendapatan tidak cukup untuk membiayai perbelanjaan Negara.
  4. Kadar pengangguran juga adalah tinggi kerana peluang pekerjaan adalah terhad.
  5. Kebanyakan penduduk tinggal di luar Bandar dan terlibat dalam sector pertanian.
  6. Kadar kelahiran dan kadar kematian adalah tinggi.
  7. Kemudahan perubatan dan kesihatan, perumahan dan pendidikan adalah kurang.
  8. Kadar celik(kenal) huruf adalah rendah dan mereka mengalami kemiskinan.
  9. Amalan pemakanan adalah kurang.
  10. Jangka hayat sederhana.
  11. Tahap teknologi adalah rendah dan kaedah teknologi moden kurang digunakan.
  12. Kekurangan ini menyebabkan daya pengeluaran pertanian rendah dan sumber mineral tidak dapat diteroka sepenuhnya.

Kesan Kurang Penduduk

  1. Penduduk menikmati taraf hidup yang baik.
  2. Nilai eksport Negara-negara ini adalah tinggi dan mencukupi bagi membiayai perbelanjaan Negara.
  3. Kadar pertambahan semula jadi yang rendah meninggalkan kesan kepada Negara kurang penduduk, iaitu;
·   Sumber semula jadi yang ada tidak dapat dibangunkan sepenuhnya.
·   Sumber semula jadi yang diterokai tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya dan hasil pengeluaran berlebihan dapat dieksport.
·   Tidak mengalami kekurangan bekalan makanan kerana bekalan makanan melebihi keperluan penduduk.
·   Permintaan terhadap makanan tidak banyak bertambah.
·   Mengalami masalah kekurangan tenaga kerja mengalami kurang penduduk( Kanada dan Australia).
  1. Kanada, Australia dan Brazil mempunyai sumber alam seperti sumber hutan dan mineral yang banyak.
  2. Negara-negara ini mempunyai sector pertanian, perikanan dan perindustrian yang maju.
  3. Pengeluaran hasil pertanian adalah tinggi kerana menggunakan teknik penanaman yang moden.
  4. Pengalaman makanan dan penduduk lebih berkhasiat, seimbang dan kemudahan perumahan adalah baik.
  5. Amalan pemakanan yang berkhasiat menyebabkan jangka hayat adalah panjang.
  6. Kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan di Negara-negara ini adalah baik dan lengkap seperti bekalan air, elektrik, hospital, pengangkutan dan perhubungan.
  7. Di Kanada, 100% penduduknya dapat menikmati bekalan elektrik, manakala di Australia 99.5% dan di Brazil 92% penduduknya dapat menikmati bekalan elektrik.
  8. Penduduk Negara-negara ini dapat hidup dengan selesa.
  9. Penduduk Negara-negara ini mempunyai kemudahan pendidikan yang baik sehingga ke peringkat universiti.
  10. Di Australia, hampir 100% penduduknya celik huruf, di Kanada kira-kira 99% dan di Brazil kira-kira 83%.
  11. Penduduk ini mempunyai taraf hidup yang tinggi dan dapat menikmati perubatan yang baik.
  12. Walaupun begitu, jumlah penduduk muda(umur kurang daripada 15 tahun) Negara-negara ini tidak begitu banyak.
  13. Hal ini menyebabkan pertambahan penduduk pada masa depan adalah perlahan.
  14. Negara-negara ini juga tidak mengalami masalah pengangguran kerana banyak peluang pekerjaan bagi penduduknya.
  15. Walau bagaimanapun, Negara-negara ini akan mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja.
  16. Dengan itu kerajaan Kanada dan Australia menggalakkan kemasukan pekerja asing dari Negara lain seperti Hong Kong, Filipina, India dan Negara China untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja.
  17. Kemasukan pekerja asing perlulah digalakkan secara berterusan bagi memajukan ekonomi.
  18. Pekerja asing ini membolehkan lebih banyak sumber semula jadi diterokai untuk meningkatkan pendapatan Negara.
  19. Keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk adalah tidak kekal dan berubah mengikut masa.
  20. Sebuah Negara yang mengalami kurang penduduk akan menjadi penduduk berlebihan jika jumlah penduduknya bertambah dan sumber semula jadinya tidak dapat memenuhi keperluan penduduknya.
  21. Bagi Negara-negara penduduk berlebihan pula, dengan kaedah meningkatkan penggunaan teknologi dan pengeluaran sumber semula jadi, Negara-negara ini tidak akan mengalami penduduk berlebihan.