Bab 10: Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar
Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih
- Pada umumnya, apabila penduduk sesebuah Negara bertambah, keperluan terhadap makanan bertambah.
- Oleh itu, penerokaan sumber tanih perlu dipertingkatkan.
- Di Negara Malaysia, tanih diterokai khususnya untuk dijadikan kawasan pertanian bagi menampung keperluan makanan penduduk.
- Kawasan pertanian diperluas melalui penerokaan kawasan tanah pamah, lembah, delta dan dataran.
- Kawasan tanih alluvium banyak terdapat di kawasan dataran dan delta sungai.
- Tanih yang subur ini sesuai ditanami padi. Contohnya, Dataran Kedah, Dataran Perlis, Dataran Kelantan dan Dataran Terengganu.
- Padi ditanam secara giat untuk menampung keperluan makanan bagi penduduk yang semakin bertambah.
- Tanah laterit pula sesuai untuk tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit dan koko.
- Permintaan yang tinggi oleh kilang-kilang terhadap hasil pertanian ini menyebabkan banyak kawasan tanah laterit di pedalaman diterokai dengan giatnya.
- Peningkatan permintaan terhadap pelbagai barangan keperluan turut menyebabkan penerokaan sumber tanih lebih giat dijalankan.
No comments:
Post a Comment