Saturday, September 8, 2012

Bab 11: Hubungan Kependudukan dengan Sumber

Konsep Penduduk Berlebihan, Kurang Penduduk dan Penduduk Optimum

  1. Penduduk dunia telah meningkat dengan pesat kerana kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.
  2. Sumber semula jadi yang sedia ada di sesebuah Negara hanya dapat menampung suatu jumlah penduduk yang maksimum.
  3. Keupayaan menampung ini dikenal sebagai daya tampung.
  4. Berdasarkan jumlah penduduk sesebuah Negara dan daya menampung Negara tersebut, terdapat 3 ciri penduduk iaitu;
·   Penduduk berlebihan
·   Kurang penduduk
·   Penduduk optimum
  1. Sesebuah Negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan jika sumber Negara tidak dapat menampung keperluan penduduknya dengan tahap teknologinya.
  2. Contoh Negara yang mengalami penduduk berlebihan ialah Bangladesh, India dan Ethiopia.
  3. Negara yang kurang penduduk wujud jika jumlah penduduk Negara tersebut tidak dapat membangunkan sepenuhnya sumber walaupun tingkat teknologi tinggi digunakan.
  4. Contoh Negara yang mengalami kurang penduduk ialah Kanada, Australia dan Brazil.
  5. Negara yang berpenduduk optimum mempunyai jumlah penduduk yang cukup untuk mengusahakan sumber yang ada dengan sepenuhnya.
  6. Contohnya Negara Jepun, Jerman dan Switzerland.

No comments:

Post a Comment